Tuesday, February 7, 2012

:(

aq sedih sangat bila dengar berita tentang adik accident terok tadi. aq terkejut. aq panic. aq sedih. aq terkedu. masa tu aq kat kedai buku popular cs, tengah pilih buku. tibatiba kawan ayah call bagi tahu pasal adik accident. lagi mengejutkan bila ramai cakap adik accident terok. teros aq ngan family pergi ke hospital tempat adik dihantar, tak jadi aq nak balik rumah sewa. semua takde kat rumah masa adik accident tu. kesian adik takde sape ley hantar dia pergi hospital. nasib baik ada van sape ntah kat situ yang sudi hantarkan. emak dah lencun dengan air mata. aq yang cover2 depan emak ni pon dah xdapat nak cover lagi, menangis juga. bertambah sedih bila tengok muka adik mase kat dalam wad kecemasan. sedih sangat. tak sanggup rasanya aq nak tengok keadaan dia macam tu. aq tawu bibir dia macam nak cakap sesuatu, tapi tak berdaya. aq nampak bibir dia bergerak-gerak masa tu, masa emak ada kat sisi dia tengah teresak-esak menangis. aq tawu dia pon sedih waktu tu. jatuh air mata aq. bertambah laju lagi airmata aq bila tengok emak teresak-esak menangis, risau dengan keadaan dia. afiq tawu tak, kitorang semua sayangkan afiq. tak pernah pon kitorang sisihkan afiq walaupun perangai afiq tu sangat nakal dan diluar dugaan. aq sayang dia sebab dia tu adik aq. teruk mana pon dia, dia tetap darah daging aq jugak. lama dia ditahan dalam wad kecemasan. lemah semangat aq tengok keadaan dia tadi. tapi nak buat macam mana, benda dah nak jadik. mungkin ada hikmah dissebaliknya. mungkin alla nak tunjukkan jalan untuk dia berubah dengan cara ni.apa yang mampu dibuat sekarang hanyalah banyakkan berdoa mudah-mudahan kesakitan dia dikurangkan dan agar cepat sembuh. mudah-mudahan tiada kecedaraan yang lebih serious berlaku. aq harap dia berubah selepas ni. jadikan ini sebagai satu pengajaran, aq tahu dia sebenarnye seorang adik yang baik. aq sebagai kakak sentiasa doakan yang terbaik untuk dia. kaklong sayang afiq ..

No comments:

Post a Comment